Tuesday, February 2, 2010

Trouble


Kalau 5min tadi aku boleh tersenyum,ketawa,melompat atau menyanyi riang..
................
Tak mustahil suku minit selepas itu aku akan diam,bermenung,menangis dan mula membenci.

kosong

NOTHING TO DISPLAY
*sekosong hati dan otak aku sekarang.
huh.

Tuesday, January 26, 2010

Jerawat? yuksss!!

Aku tak percaya dengan mana-mana produk kecantikan dalam dunia ni!
Memang aku tak percaya!
Mati-mati pun tidak sama sekali!

'Alah dik..nak ilangkan jerawat ni senang je..
Kau kawin.
Lepas kawin,kau beranak, memang konpem jerawat kau tu ilang..
Dengan atuk,cucu,cicit segala keturunan jerawat tuh mesti hilang punya!'
(teringat aku dengan kata-kata sorang akak kat kedai runcit)

Time tu aku baru 15tahun.
Memang time tengah sakan ternak jerawat.
Aku pun sengih je la dengar akak tu menceceh.
Then mak aku balas,
'Ni bukan kena kawin,memang dah mengelinjang nak kawin!
Jerawat gatal nak kawin namanya!'
Mak aku menokok tambah cerita.
Hampeh! Mak aku ni perli ke atau buat ayat kenyataan?


Ok,berbalik pada persoalan aku,
Kawin dah,beranak pun dah,
Sekarang ni,yang buat ati aku panas,kenapa jerawat ni tak hilang-hilang jugak?!
Habis saham aku jatuh!
Bodo punya jerawat!
Nyampah mak!

Kesimpulan * Akak kedai runcit,produk kecantikan dengan mak aku sekali semuanya tak boleh percaya!

...







Anak emak :)

Thursday, January 21, 2010

Menantu Hantu

Semalam aku telefon mak. Ekceli tada apa pun yang aku nak borakkan dengan dia,saja nak dengar mak membebel,rindu pulak..haha
Aku cakap dengan mak,aku nak kawin.Mak buat suara mendatar,aku dah agak.
Tapi mak layankan jugak,then dia tanya..siapa?keje ape?umur berapa?asal mana? (soklan stended mak aku)

Aku cakap dia orang terkenal,orang obesi.Mak mesti bangga kalau bermenantukan dia.
Aku dengar macam suara mak ok sikit,macam tengah senyum je (aku agak la)
Mak tanya lagi,siapa?

Aku diam lama...mak mula tinggi suara.
Siapa?!

Aku tarik nafas panjang..(ok aku sedia nak jawab)
......................Brad Pitt mak. Mak suka tak? (aku tanya sambil gelak-gelak manja)

Mak..mak..OooO mak..suka tak? (apehal plak orang tua nih?tak kan suka sampai pengsan kot?)
Then mak jawab...Kepala hangguk kau!!!
Oh..ok
Dia reject la tuh..!(hahahaha)


Titik

Terasa sakit!
Sangat sakit...hingga aku rasa jika aku punya aura,akan aku tepis rasa kesakitan itu.Tepis la pada sesapa yang aku rasa nak tepis.
Aku tak kuat untuk itu semua..
Sangat-sangat tak kuat untuk aku pikul.

Dem!
Terlalu banyak benda yang jadi,yang aku rasa berturut-turut menimpa pada aku.
Masing-masing saling berkejaran untuk datang menimpa hingga aku rasakan mereka saling bergaduhan untuk menentukan masalah siapa yang harus datang dulu
Hingga aku rasa tiada ruang untuk aku lepaskan lelah untuk setiap masalah yang datang.


Umpama jatuh ditimpa tangga,
Tapi aku rasakan ini bukan takat tangga,tapi jatuh ditimpa lif!
Sangat berat dan sakit nak aku pikul!!
Ditambah pula dengan badan aku yang macam tak cukup zat ni...
Memang tak kuat kawan!!

**********************
Dahlah,aku malas nak pikir.