Tuesday, January 26, 2010

Jerawat? yuksss!!

Aku tak percaya dengan mana-mana produk kecantikan dalam dunia ni!
Memang aku tak percaya!
Mati-mati pun tidak sama sekali!

'Alah dik..nak ilangkan jerawat ni senang je..
Kau kawin.
Lepas kawin,kau beranak, memang konpem jerawat kau tu ilang..
Dengan atuk,cucu,cicit segala keturunan jerawat tuh mesti hilang punya!'
(teringat aku dengan kata-kata sorang akak kat kedai runcit)

Time tu aku baru 15tahun.
Memang time tengah sakan ternak jerawat.
Aku pun sengih je la dengar akak tu menceceh.
Then mak aku balas,
'Ni bukan kena kawin,memang dah mengelinjang nak kawin!
Jerawat gatal nak kawin namanya!'
Mak aku menokok tambah cerita.
Hampeh! Mak aku ni perli ke atau buat ayat kenyataan?


Ok,berbalik pada persoalan aku,
Kawin dah,beranak pun dah,
Sekarang ni,yang buat ati aku panas,kenapa jerawat ni tak hilang-hilang jugak?!
Habis saham aku jatuh!
Bodo punya jerawat!
Nyampah mak!

Kesimpulan * Akak kedai runcit,produk kecantikan dengan mak aku sekali semuanya tak boleh percaya!

...







Anak emak :)

Thursday, January 21, 2010

Menantu Hantu

Semalam aku telefon mak. Ekceli tada apa pun yang aku nak borakkan dengan dia,saja nak dengar mak membebel,rindu pulak..haha
Aku cakap dengan mak,aku nak kawin.Mak buat suara mendatar,aku dah agak.
Tapi mak layankan jugak,then dia tanya..siapa?keje ape?umur berapa?asal mana? (soklan stended mak aku)

Aku cakap dia orang terkenal,orang obesi.Mak mesti bangga kalau bermenantukan dia.
Aku dengar macam suara mak ok sikit,macam tengah senyum je (aku agak la)
Mak tanya lagi,siapa?

Aku diam lama...mak mula tinggi suara.
Siapa?!

Aku tarik nafas panjang..(ok aku sedia nak jawab)
......................Brad Pitt mak. Mak suka tak? (aku tanya sambil gelak-gelak manja)

Mak..mak..OooO mak..suka tak? (apehal plak orang tua nih?tak kan suka sampai pengsan kot?)
Then mak jawab...Kepala hangguk kau!!!
Oh..ok
Dia reject la tuh..!(hahahaha)


Titik

Terasa sakit!
Sangat sakit...hingga aku rasa jika aku punya aura,akan aku tepis rasa kesakitan itu.Tepis la pada sesapa yang aku rasa nak tepis.
Aku tak kuat untuk itu semua..
Sangat-sangat tak kuat untuk aku pikul.

Dem!
Terlalu banyak benda yang jadi,yang aku rasa berturut-turut menimpa pada aku.
Masing-masing saling berkejaran untuk datang menimpa hingga aku rasakan mereka saling bergaduhan untuk menentukan masalah siapa yang harus datang dulu
Hingga aku rasa tiada ruang untuk aku lepaskan lelah untuk setiap masalah yang datang.


Umpama jatuh ditimpa tangga,
Tapi aku rasakan ini bukan takat tangga,tapi jatuh ditimpa lif!
Sangat berat dan sakit nak aku pikul!!
Ditambah pula dengan badan aku yang macam tak cukup zat ni...
Memang tak kuat kawan!!

**********************
Dahlah,aku malas nak pikir.

Wednesday, January 20, 2010

Kalau kail panjang sejengkal

Den raso marah bebeno dongan diri den sendiri neh haa..sobabnya:-

  1. Den da tado duwet nak bayor hutang yang tak den sengajokan berutang

  2. Den raso den semakin kurus dan bertambah kurus laei

  3. Den raso terpinggir dudok dalam opis yang den raso macam duk dalam kandang lembu nih

  4. Den tak siap kojo,sobab den memang maleh nak buek.Dah den maleh,den nak buat camno?

  5. Den raso cemburu tengok sally sobab dio pakai kasut lawo walaupon dio taklah lawo mano

  6. Yang ni memang den paling marah,sobab den tak tercakap laei kat orang yang den minat bonar tuh..den rindu dio!

Ni yang den maleh dengan diri den nih.Kan dah den lotak gambo bob marley!



Tentang saya

  1. Aku belum cukup cantik/lawa/anggun untuk memikat mana-mana lelaki
  2. Aku tidak punya budi bahasa yang mulia
  3. Aku bermulut laser
  4. Aku sangat kasar
  5. Aku selfish
  6. Aku tidak sopan
  7. Aku panas baran
  8. Aku pemalas

*yang lain tambah korang tambah sendiri!

Tuesday, January 19, 2010

F.R.I.E.N.D.S

Orang kata berkawan biar beribu
Berkasih biar satu
Itu orang kata
Bukan aku kata
Mak aku pun tak kata


Dahtu sapa yang kata?
Orang tu la...orang yang kata tuh la kata


Oh..aku tak sama kot dengan apa yang orang tuh kata
Aku tak perlu kawan ribu-ribu,ratus-ratus dan puluh-puluh
Sebab tuh aku tak ramai kawan dalam frendster,mespes mahupun fesbuku

Hahaha..suka ati aku la kan?

Tapinya aku tetap ada kawan
Kawan pompuan
Sorang je nih
Tapi sorang seketul je nih pun aku tak terjaga...





Ok..korang tak payah pening-pening nak imagine betapa tak lawanya kawan aku tu

Ni la kawan aku (sila lihat gambar)yang rendang tuh

Yang tengah lompat macam budak terencat sambil buat 'peace'

Yang perasan comel tuh...tuh ar dia!

...buat Azleen Abeda bt Mohd Akram, u are the best fren i ever had.aku sayang kau 'petit'!

Monday, January 18, 2010

Shhh...ini rahsia!




Errkkk...


Aku rindu kau
I miss U (versi omputih)


Itu je..tengkiu!

Semua tak sama

Dear Armansyah,
Juz to tell u dat i love u soo much!

Hidup tak seindah seperti apa yang kita impikan sayang.Nasib dapat diubah kalau kita yakin dan berani.Bangun mimpi indah kita jadi kenyataan!Kita tak kan dapat perubahan kalau kita tak berani..peluk ibu dan kita jalani bersama!

Situasi

Aku pingin sekali punya anak kembar..indah bukan? :)

Feel like screaming!


Fine!
Aku suka 'dia' tapi si empunya badan tak tahu.
Gila ah!
Betul-betul aku rindu 'dia'.
Nak kata aku gila?
Katalah apa sahaja kawan.
Dahtu kenapa tak bagitau je?
Erkk...kat sini aku 'keras'
Dan sedikit blur sotong!

Sesuatu yang indah



Kata atuk
.....dia bangga punya cucu seperti aku!

Kata atuk
.....dia akan sentiasa ada dengan aku!

Kata atuk
.....aku tak perlu ribuan ringgit untuk beli kebahagian!

Kata atuk
.....aku adalah segalanya-galanya untuk dia!

Kata atuk
.....dia sanggup lakukan apa sahaja untuk lihat aku gembira!

Kata atuk
.....aku adalah anugerah yang terindah untuk dia!


Itu semua kata atuk...di waktu kecil aku,di mana aku belum mengerti tentang kehidupan, di mana aku hanya tersengih-sengih bila atuk memperkatakan tentang itu semua..

Dan kini di usia 27tahun,di mana aku sudah rasakan betapa peritnya untuk menjalani kehidupan sebagai manusia dewasa...mula merasai bagaimana untuk menghargai dan dihargai...berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai dugaan...dan aku mula mencari....


..mancari....mencari,menyelak,meninjau,melihat.....aarghhhh..apa sahaja...


dengan satu tujuan...mencari dimana hilangnya 'barang kesayangan' aku..ATUK!

tolong pulangkan atuk aku kerana aku perlukan dia untuk teruskan kehidupan aku!dan ingin beritahu 'sesuatu' pada dia.....
I miss U!!! Mohd Som b Mohd Said
andai diberi kesempatan walau SATU saat,aku ingin peluk dia dan katakan padanya bahawa betapa aku terlalu rindukan dia!Beritahu padanya yang aku tak mampu lagi nak jalani semua ini tanpa dia.tiada yang indah selain berada disamping atuk.


Wednesday, January 13, 2010

Ben10


P/s I love U

Masih mencari dan tercari-cari

Jangan nak tipu la kalau ader manusia yang idop kat bumi nih tak pernah tak ader masalah.
Kerat jari la tengok ader ke tak...






Huhh..........





Cumanya cara bagaimana mereka atasi masalah mereka...itu jer...





Tapi kawan..itu bukan pokok persoalannya...
Sekarang nih berbalik pada aku...



Aku...yaa aku! Haslina @ Peng Abdullah!!!!!!




**********************************************************************************



...Aku letih dangan diri aku..letih nak bawak diri aku....Atau sememangnya lebih tepat aku letih nak menjadi dewasa..

Tuesday, January 12, 2010

Its all about u

Aku kene yakin!
Aku tak leh nak takut, cuak, gabra, dan yang seangkatan dengannya!
Aku boleh!



Yaaaa...aku boleh!

Ahhhhhhh...ape ade hal....yang aku takut sangat kenapa?
Walau dunia terbelah dunia...aku mesti cakap!

Ingat! Kalau 'si dia' marah aku...aku kene buat muka sehabis tembok!
Go Peng! kau boleh...


























'...mmmm.....Boss...saya nak amek half day la arinih?boleh tak?'



*Diam....lama diam.....diam lagi...lagi lagi diam........ingat Peng,kalau dia tak tanya,mulut kau tak payah nak bagitau. Jika rasa terancam baru cakap!........bisik si setan kecil di telingaku





'Kenapa nak half day nih?'

Alahai hawau tanya pulak....aku 'jem' sekejap...

'Errr...I ngantok la boss..tak cukup tido' aku jawab dengan muka paling manja sekali




'Ok..BOLEH!'



Fuhhhhhh...yess! tengkiu bos!


Gua kemas barang-barang gua dan terus blah.



Monday, January 11, 2010

Mak hepy nyah!

  1. 'Abang mentenence' yang paling hensem dikalangan mentenence2 lain belanja aku nasi lemak... OOooooOO cik Lin, jangan jeles! huhu
  2. Aku da terer buat blog! ya ampun...tak sangka mak! (dulu bukan tak terer tapi kurang pandai je)
  3. Seharian aku tak buat keje langsung! hahaha persetankan semua kerja-kerja tuh!
  4. Aku dapat rm300 hasil 'paksaaan' dalam perniagaan aku arinih..wakaka
  5. ......ntah..... tapi aku rasa arinih aku lawo... hahahaha

Ayuhhh kita beronggeng rokiah!!

Teka-teki teka tekuk








Sila tenung dengan teliti untuk ketiga-tiga gamba diatas..tenung..tenung lagi...tenung lama-lama. Nanti! tenung lagi la..oarang kata tenung tu tenung je la..




Dah?dah abes tenung? Mukatamad? okeh......








Soalannya....

  1. Cuba teka gambar kanak-kanak di atas.... HE or SHE? kalau terer sangat?!

* Pemenang akan menerima hadiah baucer KFC bernilai seploh hengget.heheheh btol nih aku x tipu!

Luv U till the end...



Rajab b Ahmad
  1. As known as 'Aji' dikalangan kawan kawan.
  2. Berumur lingkungan 50an.
  3. Berpewatakan seperti remaja dan Maha Sporting.
  4. Terer main game 'Pikachu' dan aktif melayari internet (dia ada fesbok n mesepes tp terpaksa merahsiakan).
  5. Kelebihan - Ada sport car kaler merah yg menjadi igauan para-para wanita dan para-para sakura.
Hashimah bte Mohd Som
  1. As known as 'kak simah kaki temberang' / 'kak simah tart gulung'.
  2. Juga berumor lingkungan 50an.
  3. Berpewatakan alim tapi dalam masa yang sama boleh berubah-rubah.
  4. Tak tau sebutir haram tentang komputer dan malas nak belajar.
  5. Terer main game 'Tetris' dan 'Orang terbang'.
  6. Kelebihan - Boleh main game sambil buat kuih tart, mengendalikan mesin rumput dan pandai melukis.

p/s walau apa pun orang katakan tentang mereka.walau apa pun kelebihan dan kekurangan tentang mereka...aku tetap berbangga. Mak dan abah :)