Monday, January 18, 2010

Sesuatu yang indah



Kata atuk
.....dia bangga punya cucu seperti aku!

Kata atuk
.....dia akan sentiasa ada dengan aku!

Kata atuk
.....aku tak perlu ribuan ringgit untuk beli kebahagian!

Kata atuk
.....aku adalah segalanya-galanya untuk dia!

Kata atuk
.....dia sanggup lakukan apa sahaja untuk lihat aku gembira!

Kata atuk
.....aku adalah anugerah yang terindah untuk dia!


Itu semua kata atuk...di waktu kecil aku,di mana aku belum mengerti tentang kehidupan, di mana aku hanya tersengih-sengih bila atuk memperkatakan tentang itu semua..

Dan kini di usia 27tahun,di mana aku sudah rasakan betapa peritnya untuk menjalani kehidupan sebagai manusia dewasa...mula merasai bagaimana untuk menghargai dan dihargai...berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai dugaan...dan aku mula mencari....


..mancari....mencari,menyelak,meninjau,melihat.....aarghhhh..apa sahaja...


dengan satu tujuan...mencari dimana hilangnya 'barang kesayangan' aku..ATUK!

tolong pulangkan atuk aku kerana aku perlukan dia untuk teruskan kehidupan aku!dan ingin beritahu 'sesuatu' pada dia.....
I miss U!!! Mohd Som b Mohd Said
andai diberi kesempatan walau SATU saat,aku ingin peluk dia dan katakan padanya bahawa betapa aku terlalu rindukan dia!Beritahu padanya yang aku tak mampu lagi nak jalani semua ini tanpa dia.tiada yang indah selain berada disamping atuk.


No comments:

Post a Comment